Thursday, July 18, 2013

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah dan syukur kerana masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk masih bernafas di bulan Ramadhan pada tahun 2013 ini. Alhamdulillah.

Bila dipilih oleh Allah S.W.T untuk terus bernyawa di bulan yang mulia ini, marilah sama2 kita merebut peluang ini dengan sesungguhnya. Amatlah rugi bagi sesiapa yang melepaskan peluang yang diberi oleh Allah S.W.T ini tanpa melakukan amal ibadat sebaliknya berterusan melakukan maksiat.

Tinggalkan semua sifat mazmumah dan tambahkan sifat mahmudah dalam diri kita. InshaaAllah, di bulan yang mulia ini pahala setiap amalan akan digandakan berbanding bulan2 lain.

Syaitan2 diikat dan pintu2 syurga dibuka seluas2nya. Ayuh, kita sama2 berlumba2 dalam membuat amal kebaikan. Siapa tahu ini peluang terakhir yang Allah beri. Siapa tahu ini Ramadhan terakhir yang Allah kasi. Allahu Akbar.

Rebut sebelum hilang,
Rebut tiap kali ada ruang,
Rebut sementara masih di beri peluang.

Ramadhan Kareem. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelum2nya. Semoga amal ibadat kita diterima Allah S.W.T. Amin ya Rabbal Alamin.

p/s: Alhamdulillah, berkesempatan berpuasa di kampung bersama insan2 tersayang. Terima Kasih Allah :-)


No comments: