Tuesday, February 19, 2013

Sahabat

Bila punya insan bergelar sahabat itu menenangkan tahu.
Dia ada di setiap senang mahupun susah.
Dia ada di waktu rajuk mahupun marah.
Sebab dia lah anugerah.
Allah hantar dia untuk mendampingi kita.

Allah tahu tanpanya kita lelah.
Allah tahu tanpanya kita mungkin rebah.

Dear Sahabat,
Thanks for being with me.
Thanks for everything.
Eventhough i'm not a perfect person but my life become complete because of u.

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku
Tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku
Selamanya

THANKS ALLAH

Saturday, February 16, 2013

Sakit Pinggang

Sakit tu kafarah dosa kan. Sakit tu penghapus dosa kan. Sakit pinggang. huhuhu. yang teramat. banyak makan maggi mungkin. xdengaq apa yang mak larang macam ni la jadinya. makan maggi sebab malas nak turun beli makanan kat kafe. terbaik punya alasan.

Rasa macam lenguh sangat2 pinggang ni. Jangan la buat hal. Nak pakai lama lagi kalau umur panjang. Da letak mustajab still x hilang sakit. Bakpe eh? Nak kata tua baru umur 23 beberapa bulan. haha.

Xpala, xdala sakit sangat pun ni. Saja mengada nak mintak perhatian orang yang tengah baca tu. ( Ade ke orang baca? ) opps. xda pun. aku tulis, aku baca. loser betoi hidup.

k la, x mau bebel panjang2 sebab tau xda pun yang peduli. xda tempat nak luah sebenarnya. Nak cakap kat Allah bgtaw aku sakit pinggang, rasa mcm adoyai, sakit sikit pon nak mengadu. haha. tapi aku tau, Allah tengah tengok aku menulis ni kan. So, mesti Allah tau aku sakit pinggang.

Ya Allah, kalau ini caramu mengkafarah dosa2 laluku, aku pasrah.

Berhenti

Berhenti mengingati pada dia yang tiada hati
Berhenti merindui pada dia yang tidak ambil peduli
Berhenti mencinta pada dia yang tiada rasa

kerana

kamu juga punya harga
kamu juga punya rasa
kamu punya hati untuk di jaga

Berhentilah sayang
Berhenti. 
Kasihani dirimu


Malaih

Pernah x rasa malas? bila sebut pasal malas ni teringat kat sorang member. Faiz. Dia kalo sebut malas mesti sebut as 'malaihhh'. haha. lidah loqstaq. biasa la. haha. opps :-p sudah, stop kutuk orang senegeri.

Malas. Ya, itu yang aku rasa saat ini. Malas nak bukak buku walaupun reja banyakkkkkk sangat2. Malas nak buat nota. Malas nak ulang kaji. Malas nak study. yang rajinnya is ngadap Fb. this is not good at all.

Kena rajin balik ni. Please! Please! Please! Rajin, rajin, meh la datang kat kite. Kite rasa macam rindu plak nak jadi rajin. tolong la datang kawan ngan kite balik. Kite janji kite putus kawan dengan malas. huhu. Meh la. xsian kite ke? Kite tunggu dari tadi ni. Sob2~

Malas, malas pegi jauh2 eh. Kite nak kawan dengan rajin je. Rajin xnak datang kawan dengan kite kalo kamu ada dengan kite. tolong eh malas, pegi cari kawan lain. kite da penat kawan dengan kamu.

Rajin, meh cepat. kite dah halau malas. Kite rindu kamu wahai rajin :)

Ayuh Bangun!

Susah kan nak lupa orang kita sayang? Ye susahhhhhh. seriousss. Untuk melupakan dia yang kita sayang tu perlukan kekuatan yang teramat. Aku pernah rasa. dan aku yakin kamu yang tengah baca ni pun pernah rasa kan. Ntah2 time tengah baca ni pun still masih teringatkan si dia. haha. Kantoi sudaa. Sabar ye. Sakit memang sakit. Tapi nak buat macam mana, bak kata pepatah, terimalah hakikat sebuah kebenaran walaupun ianya x semanis kurma. haha. tetibe. Betul la.

Nak lupakan someone yang pernah bertakhta di hati itu perlukan kekuatan. Kita susah nak lupa sebab hati masih ingat dia ada dengan kita. Kita kena cuba pujuk hati, bgtaw kat hati cakap kat hati elok2, hati oh hati, dia dah xda lagi dengan aku. aku nak move on. so, tolonglah hati, tolonglah tuanmu ini. jangan rindu dia lagi. x kesian ke kat tuanmu ni. :) haa, lebey kurang mcm tu la. cer try bgtaw hati. cakap baik2 dengan dia. InshaaAllah, okay tu nanti.

still xdapat lupa? ish, jangan la sampai macam tu. ketegaq sangat ni. xmau macam tu. Dia xda tapi kita masih ada Allah kan. Dah lupa ka? ingat balik tujuan kita hidup kat dunia ni. ingat balik janji kita dengan Allah sebelum ke dunia ni. lupa? tujuan kita ke dunia untuk menyembah Allah yg Esa, bukan sembah manusia.

dah, be strong okay. bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. senyum lah. haaa, manis pon. seriously :)


ehem3. haha. close buat sementara waktu. sampai masa Allah open balik tu. inshaaAllah 

Belajar dari setiap ketentuanNya

Bila terjadi sesuatu, kamu sebenarnya belajar sesuatu. Mungkin pada mulanya kamu sukar untuk menerima dan mula menyalahkan takdir tapi percayalah kamu akan belajar sesuatu dari setiap yang berlaku itu.

Aku bercakap secara general. tidak specific kan kepada sesuatu kerana aku percaya setiap yang berlaku itu cara Allah nak sampaikan sesuatu kepada kita. Cara Allah nak menegur kita. Kita hambaNya yang selalu alpa. Selalu sangat alpa bila kita dikurnia bahagia. Hanya akan ingat Dia bila ditimpa derita.

Allah tu punya cara. Dia beri kita peluang untuk memilih namun bila Dia tahu pilihan kita bukan yang terbaik, Dia berikan yang terbaik pilihanNya untuk kita. Lambat atau cepat pasti kita akan sedar akan hal ini. Lambat atau cepat pasti kita akan temui hikmah dalam setiap ketentuanNya.

Percaya pada pilihan dan takdir Allah itu adalah sebaik2 syukur. Pesanan untuk semua dan juga diri sendiri :)

Friday, February 15, 2013

kak kam sweet :)

Tadi jumpe Kak Kam kat aikol. pengantin baru tuuu. terus excited salam kononnya nak ambek berkat. hehe.  seronok dengaq kak Kam bercerita tadi. sweetttt. Ya Allah, kawen itu manis kan. haha. terus terasa nak melengkapkan separuh agama. haha. bila pikiaq balik, rasa x mampu. xpala, sabaq dulu. banyak benda lagi kena settle. buat masa ni, focus untuk LL.B dengan double degree syariah dulu. inshaaAllah, the time will come soon. hehe. kannn?

budak berdua yang selalu je excited bila dengar pasal kawen

Jodoh tu sampai tepat pada masa. put your trust in Allah. Jika bukan disini, inshaaAllah di syurga nanti :) selamat bercinta sampai syurga kak Kam. amin..:)

Wednesday, February 6, 2013

Final Semester for LL.B.

Alhamdulillah. 04.02.2012, da start semester baru. inshaaAllah, ni Final semester untuk law degree, civil. harap2 semuanya berjalan lancar saja. amin. :)

walaupun result semester lepas x begitu menggembirakan, namun aku pasrah. alhamdulillah ala kulli hal. pointer still x jatuh bawah dr 2.5. yg ni yg paling aku takut sebab requirement untuk buat double degree shariah kne pointer 2.5 n above. ni yg plg aku jaga. huhu. harap2 dapat teruskan impian untuk buat double degree in shariah next semester. amin. doakan ye sapa yg baca. hehe. tq :)

semester ni contact hour 24. fuhhhh. lap peluh. memang full sgt jadual. kne struggle lebih. n yg palingggggg mencabar sekali is the venue for EAW is at the kuliyyah of ICT. nun d atas bukit sana. jauhhhhh. nak kne ulang alik Aikol to ICT then balik semula ke Aikol for tutorial. huhuhu. lap peluh lagi. :) tapi Alhamdulillah sekali lagi sebab enas ada. pg ngan enas. paan hantar nek keta. Allah tolong lagi. tq Allah. :)

so, for this semester, kalo boleh xnak fikir bab kawen dah. sebab aku rasa it affect my previous semester result a lot. so, rilex2 saja. n Allah pun da kurangkan rasa nak kawen tu. hehe. Dia nak suh fokus study dulu kot. xpa, ada jodoh x kemana. xmau la risau untuk benda yg bukan urusan kita. urusan Allah biaq Allah uruskan. kan dah ditetapkan. so, no need to worry bebeh. hehe.

so, the conclusion is, aku harap semester ni will be nice to me. amin. n to my frens as well. aminnnn.


p/s: nak lambung topi sama2 nanti bulan 10. hekhek :)



ni gambo latest. hikhik. final semesterrrrr u olllsss. inshaaAllah :) amin