Monday, November 26, 2012

Bersyukur itu perlu!

aku dah dapat jawapan pada soalan yang selalu ada dalam fikiran aku selama ni
aku selalu rasa down tiap kali tgk cermin
aku selalu rasa x puas hati bila tengok orang lain ada pakwe yang hensem2
aku selalu jeles bila dengar ada member2 nak kawen dalam masa terdekat

n aku rasa hanya 1 jawapan yang pasti untuk semua yang bermain lam fikiran aku tu.
'BERSYUKUR'

tu la benda yang aku rasa dah lama aku lupa untuk buat
aku lupa nak bersyukur atas nikmat sihat yang Allah bagi
aku selalu merungut badan aku gemuk
aku selalu nak rasa macam mana rasa xda selera makan
benda tu jadi sebab aku lupa nak bersyukur.
lupa nak bersyukur sekurang2nya aku xkena berulang alik ke hospital utk kna inject bagai
Alhamdulillah ya Allah atas nikmat sihat ini

aku juga lupa bersyukur dengan pertemuan yang Allah bagi antara aku dan dia
aku selalu x bersyukur, walau dia kurang dari segi rupa, tapi dia sayang aku apa adanya aku
itu yang sepatutnya aku bersyukur
Alhamdulillah ya Allah untuk pertemuan dan peluang bahagia ini

kahwin.
ni satu lagi benda.
tiap kali dapat kad kawen, mesti aku akan rasa, kan bestnya kalau nama aku yang tertulis dalam kad jemputan tu.
sedangkan aku lupa bersyukur dengan kehidupan aku sekarang
Allah da bagi aku tanggungjawab sebagai seorang student
mungkin belum tiba masa untuk berkahwin
sabarlah. insyaAllah the time will come soon.

so the point here is no matter what happened around u, just thank to Allah as He still bless u with all the nikmah in this world.
He give u the gift of happy family
He choose the best mom and dad in the world
He choose u the lovely siblings ever

so, what do u expect more from Him?
bersyukurlah untuk segalanya yang kamu miliki hari ni kerana esok belum pasti kamu akan milikinya lagi.
Alhamdulillah ala kulli hal Ya Rabb..


:-)

Saturday, November 24, 2012

Istikharah

istikharah
selalunya istikharah dikait rapat dengan jodoh
bila ada yang mencuri hati
kita mula ingin mengetahui
adakah dia pilihan Ilahi

istikharah
aku dah buat
alhamdulillah
aku dapat
namun petunjuk masih samar
aku bukan Si alim yang tiada dosa untuk Allah tunjukkan segala melalui mimpi
aku hanya insan biasa
kerana itu aku khuatir
khuatir petunjuk bukan dari yang Esa
tapi dari Si penghuni neraka selamanya

istikharah
walau hati masih kurang percaya
namun aku serahkan segala pada yang Esa
kerana hanya Dia yang tahu segala
semua rahsia dari mula
hanya Dia yang mengetahui semua

istikharah
insyaAllah
aku akan istiqamah
dalam misi mencari siapa jodoh

:-)

kamu, sabar ye. walau aku x tau siapa kamu. tapi aku harap kamu sedia menunggu sama seperti aku.
walau kamu punya kisah silam, itu tidak menjadi masalah, kerana aku juga punya cerita. mungkin kita perlu mengenali yang lain sebelum kita mengenali sesama kita. mungkin! :-)

Suram

Hidup kini x seindah dulu
kenapa?
semuanya sebab kita
kita yang x pandai jaga hubungan
kita yang buatnya suram
x payah nak salahkan orang
semuanya kerana kita
kita yang cipta
kita yang hancurkan ia
xpela
kita yang rasa
kita yang sakit bersama
moga kamu bahagia di sana

Allah knows best

For every and each of our journey, Allah knows best.
Sometimes He gave us so many challenges, then we feel like we cannot handle all those challenges.
but without we realize it, He gave us the solution for each and every of those problems.

ok, da xtaw nak merapu:-)
the important point here is, whatever challenges u have to face in your life, just remember that Allah knows best!

smile:-)

Hati

Hati ini milikmu ya Rabb
Hati ini yang dulu penuh cinta
kini suram tiada rasa
hati ini yang dulu bermusim bunga
kini telah bertukar ke musim duka

dugaan apakah ini ya Rabb
sukar untuk ku tempuh
namun aku percaya dengan janjiMu
setiap kesusahan pasti ada kesenangan

walau apa pun rintangan
ku mohon kekuatan dariMu
manusia hanya tahu menghukum
hanya tahu mencemuh
tanpa tahu apa cerita di sebalik derita

hanya padamu ya Rabb
hanya padaMu tempat kuluahkan segala rasa
kerana sesungguhnya hanya kepadaMu sebaik tempat bergantung harap

senyum
walau derita
senyum
walau terluka
senyum
walau sudah tiada dia