Tuesday, July 23, 2013

Ubah fikiran

Ubah. Tukar. apa yang tukar? apa yang ubah? hihihi

Dulu kan aku selalu cakap kat kawan2, aku nak anak dua orang je. xnak lebih sebab pada pendapat aku, yang dua tu pun belum tentu kita boleh didik jadikan dia manusia. so, ni mcm aku lebih suka kualiti daripada kuantiti. Sebab, bukan senang nak didik anak menjadi seorang yang betul2 terdidik. bukan setakat hantar dia ke sekolah agama sahaja. tu x cukup. kena lebih dari itu. wah, cara bercakap macam dah ada seploh anak :)

Tapiiii kannnn..

sejak dua menjak ni, aku rasa sunyi la. aku kan anak bongsu, so, disebabkan abg2 n kakak aku semuanya dah keroje dan menetap di KL, so, yang tinggal kat umah ni hanya mak n ayah. Sunyi uollsss. Bila balik kampung, terasa agak sunyi. Sebab tu aku selalu ja update status fb (ada kena mengena x) :)

pastu mula la dalam fikiran, kan best kalo ada adek, kan best, kan besttttt.

pastu mula la aku terfikir balik, ish, mcm mana eh kalau ada anak 2 orang je. nanti sunyiiii laaa bila dah tua2 nanti. sunyiiiinyaaa. (macam la umur sempat nak sampai tua kan, kalo mati sebelum tua? ) :)

ntah la, bila fikir2 balik, anak ramai pon best kan. x sunyi.

ape2 pun, aku tetap bersyukur, walaupun aku sunyi xde adek, aku ada mak ayah yang muluttt diaa, ramahhh diaaa, dah macam ada 3 orang adek. tak terlayan :) ada ja modal nak cerita. tambah2, mak. kalau bab drama, bagi kat dia la. ayah plak x habis2 bab study aku la of kos, bab kerja, bab pokok durian. :)

okay, bersyukur dengan apa yang kita ada daripada meratap apa yang kita x ada.

p/s: anak 2 orang ke ramai? tunggu ada husben la baru pikir. husben sehabuk pun xdak, so better xyah pikir lelebih :)

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah dan syukur kerana masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk masih bernafas di bulan Ramadhan pada tahun 2013 ini. Alhamdulillah.

Bila dipilih oleh Allah S.W.T untuk terus bernyawa di bulan yang mulia ini, marilah sama2 kita merebut peluang ini dengan sesungguhnya. Amatlah rugi bagi sesiapa yang melepaskan peluang yang diberi oleh Allah S.W.T ini tanpa melakukan amal ibadat sebaliknya berterusan melakukan maksiat.

Tinggalkan semua sifat mazmumah dan tambahkan sifat mahmudah dalam diri kita. InshaaAllah, di bulan yang mulia ini pahala setiap amalan akan digandakan berbanding bulan2 lain.

Syaitan2 diikat dan pintu2 syurga dibuka seluas2nya. Ayuh, kita sama2 berlumba2 dalam membuat amal kebaikan. Siapa tahu ini peluang terakhir yang Allah beri. Siapa tahu ini Ramadhan terakhir yang Allah kasi. Allahu Akbar.

Rebut sebelum hilang,
Rebut tiap kali ada ruang,
Rebut sementara masih di beri peluang.

Ramadhan Kareem. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelum2nya. Semoga amal ibadat kita diterima Allah S.W.T. Amin ya Rabbal Alamin.

p/s: Alhamdulillah, berkesempatan berpuasa di kampung bersama insan2 tersayang. Terima Kasih Allah :-)