Sunday, January 19, 2014

Do not compare!

Semalam ada terbaca artikel di fesbuk. Cerita tentang DO NOT COMPARE! ye. jangan bandingkan. aku la tu suka bandingkan diri aku dengan orang lain. bila tgk orang lain kerja bagus, aku rasa mcm eh bestnyaaa la dia dpt keja bagus. Tgk orang lain kawen, bahagia, rasa mcm aku ni bila la nak kawennya. Tula masalah bila masa terlalu banyak asyik scroll baca cerita orang kat social network. 

Tgk org upload gambar kat fesbuk dgn caption ''Teman En Hubby pegi workshop. hikhik. bahagianya dp spend time sesama''. pui. stress aku. dlm artikel tu ckp jgn compare hidup kita dgn hidup orang. yang dorang tunjuk kt laman sesawang tu semua yang indah2 ja. yg real life lepas dah off lappy kita taw. kita xtgk time dy stress ada masalah. yg kita tgk yg dy tunjuk hanyalah yg indah2 belaka. so, dont compare. mungkin kalau kita tau apa masalah dy dlm kehidupan sebenar mungkin kita x akan wish pun untuk jadi dia. seriously!

Insaf sekejap aku bila baca artikel tu. rasa mcm a'ah la. Aku ni xreti bersyukur la. Sekarang aku nak bersyukur dgn apa yg aku ada. Sekarang tgh study for my second degree, inshaaAllah moga2 rezeki untuk dapat kerja Allah mudahkan supaya dapat la cepat2 kawen. eh! heee. bukan la nak kawen terus pun cuma rasa nak kerja n dpt pegang duet sendiri ja. xyah susahkan family lagi. dapat belanja family. dapat bawak mak ayah jenjalan. kan. syoknyaaaa. inshaaAllah. Semoga Allah mudahkan semua urusan aku dan kawan2 seperjuangan. amin. 

No comments: